Salam w.b.t.....
Sekian lame mendiamkan diri lantaran sibuk dengan pelbagai urusan di pejabat dan juga di mana sahaja khidmat saya diperlukan. Cerita Saya kali nie, kita ikut musim la yehh... Bukan musim tengkujuh tapi musim haji (cerita musim tengkujuh, entri yang akan datang).
Tahun lepas, parents saye berpeluang menunaikan fardhu Haji. Turut berangkat ke tanah suci, parents Bro. Daniel, parents Kak Yatt, parents Afham dan juga boss ITD kuantan, Dr. Jamalludin & isteri, Dr. Zuna. Tahun ni, giliran Kak Sobir ke Tanah Suci. Turut berangkat, member baek di ADTEC; Abdul Malek bin Kathar Ismail bersama ayahnye, tok wan, nenek & saudara-mara yg lain. Seronok je tgk Malek & family ke Tanah Suci. Dalam hati nie, selalu je berdoa, bilalah aku dapat menunaikan fardhu haji ni. Kalau boleh, sementara muda & sihat ni, elok sangat ke Tanah Suci. Kalau ade rezeki, saye akan menyertai kedua ibu bapa saye ke Tanah Suci. Insya Allah......
Kepada semua tetamu Allah, selamat menjalani ibadah Haji dengan sempurna. Semoga kalian beroleh haji mabrur, insya Allah.... aminn... Akhir kalam, semoga bertemu lagi di warkah lain.... Wassalam.