Monday, November 16, 2009

Panggilan Haji 1430H

Salam w.b.t.....

Sekian lame mendiamkan diri lantaran sibuk dengan pelbagai urusan di pejabat dan juga di mana sahaja khidmat saya diperlukan. Cerita Saya kali nie, kita ikut musim la yehh... Bukan musim tengkujuh tapi musim haji (cerita musim tengkujuh, entri yang akan datang).

Tahun lepas, parents saye berpeluang menunaikan fardhu Haji. Turut berangkat ke tanah suci, parents Bro. Daniel, parents Kak Yatt, parents Afham dan juga boss ITD kuantan, Dr. Jamalludin & isteri, Dr. Zuna. Tahun ni, giliran Kak Sobir ke Tanah Suci. Turut berangkat, member baek di ADTEC; Abdul Malek bin Kathar Ismail bersama ayahnye, tok wan, nenek & saudara-mara yg lain. Seronok je tgk Malek & family ke Tanah Suci. Dalam hati nie, selalu je berdoa, bilalah aku dapat menunaikan fardhu haji ni. Kalau boleh, sementara muda & sihat ni, elok sangat ke Tanah Suci. Kalau ade rezeki, saye akan menyertai kedua ibu bapa saye ke Tanah Suci. Insya Allah......

Kepada semua tetamu Allah, selamat menjalani ibadah Haji dengan sempurna. Semoga kalian beroleh haji mabrur, insya Allah.... aminn... Akhir kalam, semoga bertemu lagi di warkah lain.... Wassalam.

Wednesday, August 26, 2009

Alkisah wifi siri 2...

Alkisah kali ini masih lagi mengenai pendaftaran wifi di ITD Kampus Kuantan. Kes yang tidak sepatutnye berlaku tapi berlaku jugak.... (sigh). Berlaku minggu lepas bertempat di kaunter Helpdesk ITD .....

Sewaktu saye sedang duduk di kaunter untuk menunggu Nurul mengemas barang-barang untuk balik (Nurul part-timer & balik jam 4 ptg). Datanglah 2 org pelajar (nama, kulliyyah & jantina terpaksa dirahsiakan) ke ITD dengan muka yang agak muram. Fadzli, technician wifi sedang sibuk melayan pelajar lain yang datang lebih awal dari 2 org pelajar tadi. Terus die menghampiri kaunter dan mengajukan masalah yang dihadapinya.

Pelajar 1: Assalamualaikum brother.....

Saya: Wa'alaikumussalam. Ye.. Bole saye bantu anda ? <---- terpakse ubah sikit ayat ni dari ayat sebenar sebab takut terdedah identiti pelajar tersebut.

Pelajar 1: Saya dah register wifi since 2 days ago. Tapi still tak bole connect to iium-community. Kenape yehh?

Saya: Dah install software ?? <--- software utk wifi.

Pelajar 1: Dah. (sambil memandang ke arah saye dengan muka tak puas hati).

Pelajar 2: Brother, saye pun same jugak.... Tak bole connect. Hari tu, brother wifi tu cakap dlm masa 24 jam dah bole connect. Ni dah nak masuk 36 jam dah, kenapa tak boleh lagi ?

Saya: Ohh, ye ke ? Kenapa yeh? Hhmm... Dah isi borang pendaftaran ?

Pelajar 1: Dah isi lengkap sekali dengan mac address. Hah.. ni buktinye.... (sambil menunjukkan borang pendaftaran wifi)

Saya: (Sambil memandang tepat ke arah pelajar-pelajar tersebut sambil menyengih). Macam mana Brother Fadzli nak register kan mac address awak berdua kalau awak simpan aje borang pendaftaran tu ? Lepas isi, kene lah submit kat sini. Then, barulah Brother Fadzli bole register kan mac address awak berdua.

Pelajar 2: Ooh, ye ke ? Kami ingat ni simpanan untuk kami.... (Pelajar 1 dah mula gelak kecil).

Saya: Borang tu ITD akan simpan. Bagi saya borang tu... Lagi 24 jam kamu cube connect to iium-community, ok ? (balas saya sambil tersenyum menahan gelak)

Pelajar 1: Ok brother. Terima kasih... (sambil tersenyum meninggalkan kaunter)

pelajar 2: Minta maaf ye brother... Err, terima kasih. (dengan muka merah padam meninggalkan kaunter).

Saya: Takpe... Ok, same-same....(dah mula gelak)

Saye pandang Nurul sambil gelak kecil sebelum Fadzli datang merapati kaunter untuk bertanya ape yg berlaku. Lepas ceritakan pada Fadzli, bergema opis dengan gelak tawa kami berdua. Aduh.. ya ampun..... Kalau pelajar dengan matrik no bermula o91, bole lah kami terima lagi... ni student senior... hehehehehe..... nasib baik mereka berdua refer ke ITD & berjumpa dgn saya yang kebetulan berada di kaunter. Kalau mereka berdua personally jumpe Dr. Jamal untuk buat aduan... Lu pikir lah sendirii...... muahahahahahaha.....

Sekian alkisah kali ini. Jumpa di warkah lain. Wassalam.

Wednesday, August 19, 2009

Alkisah Wifi siri 1…

Alkisah berlaku di office ITD, Kampus Kuantan. Kisah benar nan lucu dialami oleh Fadzli, technician wifi; berlaku semalam (12/08/2009), dan kebetulan saye bertugas menggantikan Kak Yan (technician) yang terpakse balik menjenguk ibunye yang pengsan di rumah.

MAC Address, salah satu item yang perlu di ‘declare’ dalam borang pendaftaran wifi di UIA. Ape itu MAC Address ? Refer lah kat sini yehh. Kisah bermula apabila datang seorang pelajar (jantina, nama & kulliyyah terpaksa dirahsiakan untuk menjaga sensitiviti & mengelakkan rusuhan di ITD, hahahaha) untuk mengadu tidak boleh ‘connect to iium-community’ pada laptop beliau. Saye yang duduk di kaunter Helpdesk meminta beliau duduk sebentar, sementara saya memanggil Fadzli untuk datang membantu.

Seperti biasa, Fadzli akan menanya samada telah mengisi borang, bila pendaftaran dibuat selain memeriksa konfigurasi pada laptop. Semuanya ok…. Fadzli bingung… Disemak semula data pendaftaran pelajar tersebut. Memang wujud. Semak MAC Address pada data pendaftaran & MAC Address laptop. Kenapa lain MAC Address ni? Fadzli check MAC Address kat laptop pelajar tu semula…. MAC Address yang didaftarkan memang langsung tidak wujud semasa Fadzli check di laptop tersebut.

Pabila Fadzli tanya pelajar tersebut, dari mana die dapat MAC Address ni…. Dengan selamba dia menjawab… ‘Dari pc kat computer lab lavel 2′. Fadzli terdiam dan hanya meneruskan kerja-kerjanya. Setelah membetulkan MAC Address di sistem pendaftaran dan membantu pelajar tadi mendapatkan connection iium-community, pelajar tersebut terus tersenyum tanda puas hati kerana laptopnya telah berjaya mendapat sambungan wifi.

Fadzli datang ke kaunter Helpdesk (tempat saye duduk). Die tersengih sambil memandang pelajar tadi yang masih lagi berada di office. Terus die bersuara, ‘Bro, ade cerita.. kat ym..’ Dengan segera Fadzli masuk ke dalam dan ym saye, ‘Ko tau tak budak tu bagi MAC address mane? Ade ke die bagi MAC Address pc kat computer lab’. Tak semena-mena saye terus tergelak sopan di kaunter Helpdesk (pelajar tadi ade lagi). Pukul 1, Fadzli datang semula ke kaunter Helpdesk dan kami berdua gelak sakan…. haduuiii….. Dah terang-terang tulis kat manual untuk mendapatkan MAC Address pada laptop/pc masing-masing, tapi masih lagi ade yang tak memahami isi kandungan manual tersebut.

Alkisah ini benar-benar terjadi, bukan rekaan semata-mata. Tak percaya, tanya Fadzli. Pesanan untuk Fadzli, sabar aje lahh…. hahahahahahahahhaa…