Alkisah berlaku di office ITD, Kampus Kuantan. Kisah benar nan lucu dialami oleh Fadzli, technician wifi; berlaku semalam (12/08/2009), dan kebetulan saye bertugas menggantikan Kak Yan (technician) yang terpakse balik menjenguk ibunye yang pengsan di rumah.
MAC Address, salah satu item yang perlu di ‘declare’ dalam borang pendaftaran wifi di UIA. Ape itu MAC Address ? Refer lah kat sini yehh. Kisah bermula apabila datang seorang pelajar (jantina, nama & kulliyyah terpaksa dirahsiakan untuk menjaga sensitiviti & mengelakkan rusuhan di ITD, hahahaha) untuk mengadu tidak boleh ‘connect to iium-community’ pada laptop beliau. Saye yang duduk di kaunter Helpdesk meminta beliau duduk sebentar, sementara saya memanggil Fadzli untuk datang membantu.
Seperti biasa, Fadzli akan menanya samada telah mengisi borang, bila pendaftaran dibuat selain memeriksa konfigurasi pada laptop. Semuanya ok…. Fadzli bingung… Disemak semula data pendaftaran pelajar tersebut. Memang wujud. Semak MAC Address pada data pendaftaran & MAC Address laptop. Kenapa lain MAC Address ni? Fadzli check MAC Address kat laptop pelajar tu semula…. MAC Address yang didaftarkan memang langsung tidak wujud semasa Fadzli check di laptop tersebut.
Pabila Fadzli tanya pelajar tersebut, dari mana die dapat MAC Address ni…. Dengan selamba dia menjawab… ‘Dari pc kat computer lab lavel 2′. Fadzli terdiam dan hanya meneruskan kerja-kerjanya. Setelah membetulkan MAC Address di sistem pendaftaran dan membantu pelajar tadi mendapatkan connection iium-community, pelajar tersebut terus tersenyum tanda puas hati kerana laptopnya telah berjaya mendapat sambungan wifi.
Fadzli datang ke kaunter Helpdesk (tempat saye duduk). Die tersengih sambil memandang pelajar tadi yang masih lagi berada di office. Terus die bersuara, ‘Bro, ade cerita.. kat ym..’ Dengan segera Fadzli masuk ke dalam dan ym saye, ‘Ko tau tak budak tu bagi MAC address mane? Ade ke die bagi MAC Address pc kat computer lab’. Tak semena-mena saye terus tergelak sopan di kaunter Helpdesk (pelajar tadi ade lagi). Pukul 1, Fadzli datang semula ke kaunter Helpdesk dan kami berdua gelak sakan…. haduuiii….. Dah terang-terang tulis kat manual untuk mendapatkan MAC Address pada laptop/pc masing-masing, tapi masih lagi ade yang tak memahami isi kandungan manual tersebut.
Alkisah ini benar-benar terjadi, bukan rekaan semata-mata. Tak percaya, tanya Fadzli. Pesanan untuk Fadzli, sabar aje lahh…. hahahahahahahahhaa…
No comments:
Post a Comment